Header NuffNang

Friday 6 January 2012

Tahun Baru 2012

2012 sudah kembali....
2011 telah dilewati dengan pelbagai ceritera. Tidak kira suka duka, pahit manis, penuh memori setiap hari ku lalui...apa yang terjadi pada tahun 2011 kena la tinggalkan dan teruskan dengan kehidupan di tahun baru ni.
2012??? Apa ada dengan 2012???
Adakah indah seperti yang aku impikan atau sekadar impian semata-mata...namun kita kena set minda supaya sentiasa positif. Tetapi hati..mampukah ia diserap dengan nilai-nilai positif..sebagai manusia biasa, mana mungkin aku dapat menjaga hati sebaik itu..tapi jangan kata tak boleh, aku kena cuba..u have to try to be positive!!!
2011 berlalu dengan pantas sekali sehingga aku tak sedar nak masuk ke fasa baru, umur semakin meningkat dah..kebiasaannya nak masuk tahun baru mesti nak tanamkan azam baru yang tinggi melangit..letak target macam-macam. 1st Jan, aku tak perasan rupanya..macam mane boleh jadi ni..aku tak buat azam lagi tahun ni..tapi takpelah, akan ku susuri hari-hari mendatang dengan penuh bahagia.
2011 banyak perkara manis yang berlaku dalam hidup aku..akan kuingat dan simpan ia sebagai satu memori indah..namun di penghujung tahun tidak kurang dugaan yang melanda diri ni..bak kata pepatah melayu..hidup ini umpama roda..kadang kita berada di atas dan kadang kita berada di bawah..ala macam roda..terus berpusing.
Okeh..now balik pada 2012..antara azam aku ialah nak masuk keje awal..WP1 ..u all tau sebelum ni aku masuk WP2, itu pun sampai opis semput2 seh..tapi nak buat perubahan sikit tahun ni..nak berubah ni tak banyak pun sikit pun kira okla..sikit2 lama2 jadi bukit kan..opismate semua tak percaya aku nk masuk WP1 masa isi borang..siap perli2 aku lagi boleh ke datang awal ni..macam2 la diorang..tapi aku tetapkan hati ni..eleh cewahhh. so sehingga hari ni aku masih mampu bangun awal...hehehehe..azam aku yang lain yang aku nak buat ialah solat dhuha..amalkan untuk murahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan..Insyaallah

Delima Ooh Delima

Entry kali ni aku nak cite pasal khasiat buah delima. Delima ni digelar jugak 'superfruit' mengandungi anti- oksidan yang sangat unggul yang mampu melindungi kalenjar prostat, payu dara, organ paru-paru, jantung atau sistem kardiovaskular (bahasa saintifik).
           Aku mula mengambil khasiat buah delima melalui kolagen buah delima 'El Marino'. Sebab aku ambil
kolagen ni pun salah satunya menyedari kepentingan menjaga kecantikan kulit..cewahh. First time, minum 2 sachet sehari (pagi & malam) bagi tempoh seminggu..lepas tu kurangkan kepada 1 sachet sehari je (pagi) berikutnya sebab nak jimat punye pasal kan..harga agak mahal la, RM188 untuk 30 sachet...tp memikirkan kepentingan dan impak pada diri, apa salahnya kan. Seminggu minum kolagen El Marino aku dah nampak kesan (betul ke???)...betul u alls dan sudah ade yang menegur..hehehe..syukur alhamdulillah.
            El Marino bagi aku mampu mengubah segalanya..so aku amalkan pengambilan kolagen ni sampai habis sekotak dan lepas tu kotak kedua. Aku bagi je kawan2 try minum El Marino ni untuk rasa kesedapannya dan tidak kurang ade jugak yang membeli terus minuman kolagen El Marino ni dari aku. Ada sorang senior yang lucunya..siap aku ambik gambar tu sebelum dia start minum..dan sekarang dia masih minum El Marino, aku pun tak sabar nak jumpa, nak tengok perbezaannya. Nanti kalau dah cantik, gebu akan aku post pada blog ni untuk testimonial dan tatapan. So kita tunggguuuuuu !!!!!

Kawan-kawan boleh klik pada link ni untuk info http://health.ezbi.biz/elmarino


Antara kebihan superfruit yang boleh aku share pada kawan2 :-
  • Bantu menyerlahkan keremajaan dan kehalusan pada kulit, memberikan bentuk badan yang ideal dan kelihatan lebih muda secara semulajadi.
  • Bantu melindungi kelenjar prostat, payudara, pundi kencing, organ paru-paru dan kulit daripada ancaman kanser.
  • Menyihat dan bantu menguatkan jantung dengan cara menghalang pembentukan plaque dan melancarkan pengaliran darah.
  • Bantu memecahkan lemak terutamanya lemak viscera, dapat memperbaiki nisbah berat otot dan lemak badan dan dengan itu boleh membantu menurunkan berat badan. 
  • Bantu mengurangkan tekanan (stress) dan melegakan migrain.
  • Bantu melindungi badan daripada penuaan pramatang.