Header NuffNang

Tuesday 29 May 2012

Go Genting!! Rindu Ex-Teknikrai


Tiba-tiba rasa rindu kat kawan-kawan ex-teknikrai..itu je la kawan-kawan sekolah aku yang still contact lagi pun..sek hamzah tak close sangat..ade tapi tak ramai laa...
Agak lama jugak la tak ber'reunion' dengan diorang ni..masing-masing busy la katekan...kalau dah berkeluarga pun susah jugak dah nak kumpul balik..kenangan reunion yang paling best buat masa kat Lumut..emm kat Telok Batik..3 hari 2 malam jugak la kat sana..best, pastu terus gi Cameron Highland..itu la first time aku sampai ngan kawan-kawan..
Ni sekarang tak tahu la bila pulak nak gathering...selalu tak jadi je sejak tahun lepas..kitorang plan nak buat kat Bukit Merah Laketown Resort..kat Taiping...tempat dah booking sejak tahun lepas lagi..harga pun boleh tahan murah la kitorang dapat..tahun lepas plan dalam bulan 6 nak pergi Bukit Merah..tup tup cancel sebab ade perlawanan bola Kelantan lawan ape ntah..lupa plak..budak lelaki cancel..frust la aku kan..mau tak frust..plan dah cantik..tiba-tiba tak jadi sehhh...(mood frust gilerrr..argghhhhh).....sabar je la..
Then tahun ni aktiviti reunion dirancang lagi, tempat sama Bukit Merah jugak la menjadi pilihan gara-gara tak jadi yang tahun lepas...so, kawan aku dah deal and dapat harga yang sama jugak...suka hati ni..
Hari yang dinantikan akan tiba tak lama lagi..aku dilantik sebagai Menteri Kewangan untuk collect duit..cancel lagi...kali ni sebab ramai yang tak dapat join..sebab time yang kitorang nak pergi tu ramai orang kahwin..so tak jadi la gi laa...frust menonggeng kali ke-2 la aku...

So...ape lagi, jom recap balik mini gathering ex-teknikrai awal tahun 2012 di Genting Highlands..pergi balik hari..aku first time menjejakkan kaki ke genting nihh...mana aku pernah pergi..





♥ first time pergi sana excited..tapi aku ni jenis penakut yer....



♥ antara kawan-kawan yang join mini gathering nih..
♥ takut naik cable car nihh, bergambar nye pasal boleh jer senyumm..layannn






♥ berkesempatan jumpa cik sue (2 dari kanan)..kawan masa politeknik..















♥ main yang simple2..hehehe...


















♥ beratur nak naik corkscrew..lepas ni aku memang tak naik dah..cukup merasa sekali jerr..rasa nak mati..huhu (takde la..korang jgn takut macam aku plak yerr)..













♥ eja, aku ngan mok jan..ready to go..hihihi..yang ni pun aku tak nak naik dah..rasa macam tercabut jantung ni..






♥ warie, amri ngan chinese mana ntah...tengok warie n amri still boleh senyum2 lagi yerr...memang tak takut langsung la diorang..












♥ bergambar ramai-ramai..malam kami pun balik la naik bas..dah penat seharian main..











Sunday 27 May 2012

Jangan Mencari Terlalu Istimewa


Jika kamu memancing ikan...
Setelah ikan itu terlekat di mata kail,
hendaklah kamu mengambil ikan itu...
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja..
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan
mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga...

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang...
Setelah ia mulai MENYAYANGIMU,
hendaklah kamu MENJAGA hatinya...
Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja...
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu,
dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu...

Jika kamu menadah air biarlah berpada,
jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia
begitu teguh... cukuplah sekadar keperluanmu...
Apabila sekali ia retak... tentu sukar untuk kamu menampalnya semula...
Akhirnya ia dibuang...

Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya,
mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi...
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya...
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan
janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa...
Anggaplah dia manusia biasa.
Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN,
bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya...
Akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.

Sedangkan, jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi,
yang kamu pasti baik untuk dirimu...
Mengenyangkan - Berkhasiat.
Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..??
Terlalu ingin mengejar kelazatan... KELAK.. Nasi itu akan basi dan
kamu tidak boleh memakannya... Lalu kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan,
yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu.
MENYAYANGIMU.. MENGASIHIMU...
Mengapa kamu berlengah,
cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain..??
Terlalu mengejar kesempurnaan... KELAK.. Kamu akan KEHILANGANNYA
apabila dia menjadi milik orang lain... Lalu kamu juga yang akan MENYESAL

Saturday 26 May 2012

Breakfast Spagetti


Hari ni aku makan breakfast 'spagetti'. Fuhhh sedap sungguh, sebab biasa makan nasi goreng, bihun, nasi lemak n kekadang makan kuih je sebab takde selera dah asyik menu yang sama je kan. Spagetti ni Kak Ana yang bawak ke opis, kak ana ni memang rajin orangnya & suka buat makan-makan kat opis..(semoga murah rezeki akak yer). So menu pagi ni spagetti, roti sandwich sardin dan air kopi buatan aku sendiri, biasanya air aku la yang selalu buatkan, huhuhu...

Heheheh..spagetti made by Kak Ana..tq kak!!

Friday 25 May 2012

Meeting HRDD di Pullman Lakeside, Putrajaya



Bertempat di Pullman Lakeside, Putrajaya pada 23 Mei 2012 aku attend Mesyuarat Kerja Kump. 2 Kamus Data Sumber Manusia Bil 1/2012 (HRDD). Actually ni first time aku attend meeting ni..aku pegi dengan Kak Linda menggantikan tempat bos aku sebab dia excuse oleh kerana kekangan kerja yang banyak...yeke?? yelaah sebab nak reverse SBPA ke SSM semula, banyak yang perlu dilakukan..haishhh..ini la dinamakan 'saya yang menurut perintah'...
So, pagi itu sampai je Pullman..breakfast dulu tapi aku makan sikit je sebab dah makan kat opis sebelum datang...

Overview Pullman Lakeside, Putrajaya..cantik la tempat ni actually..well kat putrajaya sume bangunan cantik2 belaka..gah gitu kan..








Antara gambar-gambar yang sempat diambil sepanjang mesyuarat berlangsung..memang kaki gambar kan..well u know me!!!







Fuhh..makan-makan aje kalau attend mesyuarat or kursus..mana la tak kembang semangkuk kan. Well, makanan kat sini biasa-biasa aje..standard hotel la kan..

Roti jala sedap tau..cukup rasa..kalau aku buat gulai ayam tu boleh laa..tapi kalau nak menjala tak reti la gamaknyer..sebab tak pernah buat pun.










Asyik bergambar dengan Aqilah je la..sebab dia je yang ade ekk..ermm gambar ngan Kak Linda tak banyak pun..pape pun suka la jugak datang Pullman ni sebab tak pernah masuk..at least ade la jugak..lain kali pegi dah reti dah la nak masuk ke parking..hehehe







Tuesday 22 May 2012

Fiesta Bowling BPM


Kali ni aku ikut serta dalam aktiviti bowling anjuran Kelab Bahagian Pengurusan Maklumat, JPA. Memang best pulak main bowling akhir-akhir ni. Dulu malas join kalau ade tournament bowling peringkat bahagian, kalau unit aku je aku join la..maklumlah bukan pandai sangat pun main bowling ni..yg aku tahu campak bola bowling tu untuk jatuhkan kesepuluh pin, tu pun kalau jatuh..kalau tak ke longkang la jawabnyee yerr..
Tapi sejak practise bowling kat Alamanda, semangat pulak nak main. Yang penting kena tahu teknik dan ape sasaran atau tujuan kita dalam game ni..
Puas la hati dalam game kali ni aku banyak spare dan ade jugak strike..hehehe

Dari kiri : wife En. Shaiful, aku, KPP Pn Shikin (dia mmg sporting, kalau keje tegas beb), Kak Zue.
Belakang dari kiri : Kak Lia, Kak Lin & Kim

 Kak Ina, Kak Lia, aku & wife Aizuddin

 Group kitaorang la ni..chaiyokkk.(baju merah strike sokmo tp kali ni dia hancus, kalah ngn aku,hehehe...)

tengoklaa result aku..banyak spare n strike kan..tp lastly down sbb ade yang dengki..huhu