Header NuffNang

Friday 29 June 2012

Under Construction!!!


Kepada kengkawan yang melayari blog saya...harap maaf, kesulitan yang dihadapi amatlah dikesali...
Biasanya ayat begini kita nampak kat jalan raya..orang tengah buat jalan...hahaha...
tapi aku pulak tempek ayat ni kat sini..sebenarnya aku tengah mengedit2 blog aku ni, tiba2 entah macam mane timbul pulak blog post 2 kali...kalau korang baca memang la ade cerita yang sama...meluat tak????
Aku pun dah buntu macam mane nak buat dah...dah tanya pakcik makcik google pun hampeh jer...tension kau Jahhh !!!!



Thursday 28 June 2012

Hati Terasa Sayu


Malam ni aku tiba2 je rasa sedih..
tiba2 aku menitiskan air mata...
dan tiba2 aku menangis....
menyudahkan bacaan Yassin dalam keadaan teresak2...bengkak mata aku
haishh aku tak suka dah nak nangis2 ni...
Ya Allah..Kau Maha Mengetahui apa yang tidak aku ketahui
Ringankanlah bebanku
Permudahkan segala urusanku
Tenangkanlah hatiku
Aku bersyukur dengan nikmat yang Kau berikan kepadaku



Friday 22 June 2012

Oh No! I'm Failed


Ermm malam ni tak nak cerita banyak2..aku nak cakap yang aku gagal...
korang mesti tertanya-tanya gagal pasal ape kan??
Haaaa...buat tutorial secara maya, but i'm so sad (uwaaa)
--FAILED--

 please don't give up....we'll try later until we got it
peace no war :-)

penat dah, time to sleep...........zzzzzzzzzzzzzzzzz

Kategori PERFUME


Aku nak share something about perfume ni...Ada enam kategori wangian yang boleh menggambarkan personaliti si pemakai..jom baca kat bawah....

BUNGA-BUNGAAN :- Dengan aroma wangian bunga-bungaan yang akan memperlihatkan diri kamu lebih feminin dan romantik. Yer kerrrr??

BUAH-BUAHAN :- Bauan segar dari aroma buah-buahan memperlihatkan diri lebih segar dan bersemangat.

OCEANIC :- Wangian moden yang menggunakan elemen sintetik yang melahirkan bauan yang menjurus kepada lautan dan individu yang menggemari bau-bauan ni tergolong antara individu yang cintakan persekitaran.

HIJAUAN SEMULAJADI :- Memberikan kesegaran dan tenaga, justeru wangian ini melambangkan kamu adalah individu yang gemarkan aktiviti luar!

ORIENTAL :- seksi, eksotik, dan gigih mungkin itulah definasi yang mampu menggambarkan individu yang gemarkan bauan sebegini, bau-bauan seperti musk, vanilla dan bau bunga-bungaan yang keras tergolong dalam kategori ini.

KAYU-KAYAN :- wangian yang mempunyai unsur bauan saperti kulit kayu, lumut atau benda-benda lain yang kamu boleh jumpai didalam hutan adalah tergolong dalam kategori ini. Ternyata individu yang gemarkan bau-bauan sebegini, mereka gemarkan kebebasan dan mungkin mereka juga terdiri dari individu yang agak lasak. 

Kalau aku lebih prefer bau bunga-bungaan...antara yang aku paling suka Tresor In Love by Lancome, Paris Hilton..tapi aku kecewa ngan satu perfume yang aku ade...GUESS Seductive, bau dia agak kureng sikit...wat koleksi je laa...boleh?? aduh jah..habis duit aku..kuang3x

Tresor by Lancome aku yang dah habis...

 Wild summer by Guess

Panggilan Hangit CHEF WAN


Morning....seperti biasa aku otw ke tempat keje akan mendengar panggilan hangit @ HOT FM kol 7 pagi...pagi ni pulak ceritanyer Fafau @ Fara Fauzana nak mengenakan tukang masak terkenal tau tahap antarabangsa...ermm sape tak kenal ngan Chef Wan kan...

Kononnye bertanya nape serina anak pada chef tu kahwin ngan mat salleh namanye Gavin tuh??? Fafau pulak menyamar sebagai makcik kepada seorang bekas teman lelaki serina dahulunya..dia cakaplaa nape menghalang cinta mereka...aduhhh masak jugak chef wan nak menjawab kan...

Pastu Fafau cakap it's okla pasal citer lama tuh.."i'm still single"...boleh pulak nak masuk jarum, "What are you talking about"...balas chef wan..aduhhh marah betol chef wan bila ada orang nak mengisi hati chef wan yang keseorangan....nampaknye chef wan memang dah tak mahu cari pengganti dalam hidupnya...

Anda sudah terkena PANGGILAN HANGIT.....

Whatever...didoakan supaya chef wan sentiasa happy dan sukses selalu :-)

chef wan yang sentiasa tersenyum

Serina Ridzwan yang happy bersama Gavin ngan anak diorang

Thursday 21 June 2012

Lunch Bubur + Waffle Peanut Chocalate


Lunch harini aku just makan bubur kacang ngan waffle jer
mesti korang nak cakap aku DIET kan??? 
Hey..sorry tak de istilah DIET kot dalam hidup aku buat masa ni
sebenarnya aku tak tau dah nak makan ape kat cafe bawah

nak makan ala carte lama pulak menunggu
apa lagi makan je la ape yang ada dulu sementara menunggu petang
mulut sebenarnya ada rase nak makan something

tapi.......

apa dia???

jeng jeng jeng

T__________________T

Wednesday 20 June 2012

COOKING TIME...lalala


Cooking kerrr???
 Oppssss!!! Cooking la sangat kan...kalau u all nak tau aku ni dah lama sangat tak masak memasak ni...haishhh anak dara ape la macam ni kan..macam ne nak kahwin, nak jadi isteri orang, nak jadi mak orang pulak kalau dasar pemalas..sejak bila jadi pemalas ni tak tau laa aku..aiyooo...
Nak dijadikan cerita aku tinggal sorang weekend lepas kat umah...badan kurang sihat..mulut rasa pahit je, rasa nak makan masam2 gitu...malam ahad aku makan kat luar ni sebab pemalas kan...u all jangan la pandang serong pulak kat aku...mood nak masak takde..pulak kan..

So, tengahari keesokan harinya (Ahad) aku masak nasi, keluarkan ayam dari peti ais...sementara menunggu nasi masak aku buat la keje umah dulu...dah siap semua aku masuk dapur laa..pikir punye pikir nak masak ape, aku nak wat simple2 je..maklumla orang bujang...so aku decide nak masak nasi goreng ayam kunyit + sup ayam..bunyi tuh macam marvellous, dah terbayang2 dah mesti sedap ni...kahkahkah (jangan meluat k!!)

First, aku nak buat sup ayam..aku teruskan la dengan acara kupas, tumbuk bawang bagai....cari rempah ketumbar puas aku mencari tak jumpa...last buka peti ade pun..nasib baik kalau tak memang aku masak sup bodoh gitu je la kan..tapi halia takde..belasah je la labu..janji berisi perut aku...then aku goreng ayam kunyit dan last sekali baru aku goreng nasi special..wahhh kelas kau maria!!!


Silalah korang tengok menu di bawah.....

 "nasi goreng pelamin anganku musnah"..ok tak??


dan yang ini


"ayam kunyit madah berhelah"..nyum nyum


So, sekian sahaja untuk entry kali ini..nanti bila aku rajin masak akan aku post menu lain untuk tatapan..

Monday 18 June 2012

Selamat Hari Bapa ABAH


Selamat Hari Bapa, Abah...
Yan sayang sangat kat abah...terima kasih kerana telah memberikan segala2 pada yan..kasih sayang, pendidikan, duit belanja dan segala yang telah abah beri selama ini...halalkan segalanya abah...

Sayangnya yan tak dapat nak membahagiakan abah, yan banyak dosa dengan abah...mungkin abah telah berkecil hati ngan yan selama ini...maaf sangat2..walau yan tak boleh nak luahkan secara terang2...ketahuilah hanya abah yang saya sayang, yan hanya ada seorang abah dalam dunia ni...pengorbanan abah terlalu besar untuk membesarkan dan mendidik kami lima beradik...segala pengorbanan abah saya kenang...

Terima kasih abah atas segalanya...


S.E.L.A.M.A.T H.A.R.I B.A.P.A !!!!!! I LOVE U SO MUCH

Sunday 17 June 2012

Hadiah Besday Girl


Tadi dah makan-makan sempena meraikan besday girl kan kat opis..so lunch hour aku pegi Alamanda nak cari hadiah Kak Ina pulak....time2 macam ni la boleh kuar kejap pun, tak pun lepas balik keje..kelmarin tak sempat sebab salesgirl dah balik...so 2 hari ni aku asyik pegi Alamanda je la..muka ni hari2 kan..

Kitorang decide nak beli pen dengan buat tulisan 'engrave' pada pen tuh..so terus ke bahagian Parker untuk membeli pen besday girl...jom!!!

 Tulisan pada pen : Happy B'day INA & Just 4 U INA


Harap2 Kak Ina suka dengan hadiah ni yer...boleh la guna, exclusive just for u :-)

To Kak Mai & Kak Ina


happy besday to you....
happy besday to you....
happy besday to Kak Mai & Kak Ina....
sorry for the late wishes from us

harini kat opis kami meraikan besday girl..macam biasa la ade potong2 kek & makan2 sikit...
semoga akak2 berdua panjang umur, murah rezeki hendaknya...
 dan
semoga segala impian kan jadi kenyataan..amin

tajaan makan2 harini :
kek - D'Bakers Cottage, Presint 8 
Pizza - Domino's Pizza, Presint 8  

thank you to all !!!
 

Saturday 16 June 2012

Elysyle DX Lingerie Idaman Kalbu

DX Lingerie idaman aku..


Aarghhhh....sejak kebelakangan ni aku macam tension pulak tengok badan sendiri..especially part perut yang semakin menyerlah kebuncitannya...ohh no..syyhhhh!!!! (malu tau).....
Aku dah lama sebenarnya mengidamkan untuk memiliki corset Elysyle DX Lingerie ni..tapi masa yang belum mengizinkan..insyaallah suatu hari nanti aku akan memilikinya jugak..tak kira la..walaupun harganya mahal tapi aku rasa memang berbaloi kalau beri good effect pada aku sendiri...apa salahnya kan berhabis untuk kecantikan dan kesihatan diri...

Elysyle DX Lingerie ni sesuai untuk dipakai bila-bila masa sahaja. Pantang, kahwin dan juga harian...berbaloi-baloi laa. Beli sekali boleh pakai seumur hidup. Koyak boleh baiki, besar boleh kecilkan saiz. Tercabut itu ini boleh digantikan dengan yang baru. Nama pun customize corset kan. Jaminan mutu seumur hidup & jaminan keberkesanan dalam masa 3-6 bulan, tak sabar lagi dah ni...

Kalau pakai DX ni..orang yang badan besar boleh turunkan berat badan..kalau aku lebih kepada nak bentukkan postur badan supaya nampak lagi shape..sebab aku bukanlah gemuk sangat orangnye...aku dah try fitting lama dulu, mmg best la dari corset lain.

Best kan kalau badan macam gambar kat bawah ni...zazzzz..tak habis2 berangan aku ni


 Elysyle DX Lingerie :
• Cara pemakaian yang begitu mudah & Berkesan
• Tanpa rasa tertekan atau sakit
• Mudah dan selesa
• Pembakaran lemak dengan cepat
• Membantu mengatasi masalah perut buncit dan menggeleber
• Membantu Menghilangkan "Pocket" di perut selepas bersalin secara Czer
• Membantu peredaran darah
• Membantu mengurangkan selulit
• Pembakaran lemak yang berterusan
• Sangat sesuai dipakai bagi wanita selepas bersalin
• Menghilangkan sakit belakang
• Membantu Menyuburkan badan
• sihat & cergaskan badan
• Semulajadi dan Selamat
• Tanpa menahan lapar
• Tanpa senaman
• Tak perlu berdiet
• Keadaan Memakai Yang TERLALU selesa
• Boleh membantu kembalikan payudara yang jatuh..
• Boleh besarkan size payudara dari A-D (Terbukti dalam sekelip mata sahala)
• Material yang Di perbuat daripada Kapas Mesir
• Memberi Tenaga berpanjangan
• Waktu Selepas Bersalin Dalam pantang TAK PERLU BEDUNG yang tidak selesa.
• No Side effect..

Kat bawah ni kak long aku..dia dah cuba DX ni..aku yang terbakar sengsorang

 
sebelum                                     selepas

p/s : nanti kalau aku dah pakai..aku cerite lagi yer...byee

Tuesday 12 June 2012

Julia's Wedding


Pada 02 Jun 2012 (Sabtu), aku hadir ke majlis pernikahan opismate di Felda Pasoh 3, Batu Kikir...tahniah Julia dan suami, telah selamat disatukan..semoga u all berbahagia hingga ke akhir hayat...

Aku pergi car pool ngan Zaki dan jugak Kak Ana, bertolak jam 10.30 am..melalui Highway Lekas, jalan jem bila masuk Ulu Bendol kat jambatan kedua tertinggi di Malaysia...nasib baik aku tak drive..mau tension aku asyik tekan pedal brek...kitorang sampai jam 1.30 pm, kebetulan pengantin sedang bersanding..sempat la ambil gambar pengantin...member2 lain dah sampai awal, bermalam kat rumah jiran Julia...seronok tengok pengantin..

pasangan pengantin yang secocok...wahhh

antara yang hadir memeriahkan majlis...

kak ana, aku & kak juma

nampak happy u all...cantik

door gift untuk tetamu...cantiknyer..

sebelum balik putrajaya..bergambar ngan makcik (jiran Julia)...

Sunday 10 June 2012

Tinggal 1 Hari Lagi


Esok tibalah hari yang dinanti-nantikan...kalau korang nak tau esok aku ade family day office aku kat KM Chalet, Kuala Linggi, Melaka..ermm dah lama plan nak buat family day..ermm akhirnya menjadi jugak..actually ni plan bos aku, dia memang happening habis..nantikan gambar2 kami nanti yerr

family day SPDPM

Lunch @ Rasa, Alamanda


Tengahari ni aku ngan opismate pergi ke Alamanda Putrajaya..tujuannya adalah untuk mencari hadiah untuk family day esok hari (pertukaran hadiah)...so aku je yang tak beli lagi..so kitorang round area Carrefour kat sini..lepas selesai semuanya kami nak makan la pulak..lapar kot kan...aku tak tahu la nak makan ape kat Alamanda ni..asyik2 Mc'D..tak nak la, naik muak makan burger kalau selalu...so aku jalan and jalan lagi, yang menjadi pilihan tengahari ni ala-ala Western gitu...

Chicken Chop with Mushroom Sauce..yummy!!!

air yang menjadi pilihan hati..dah tentu la Coconut with Milk Shake...

Saturday 2 June 2012

Hantar Opismate Umrah


Sekarang musim orang buat umrah..sorang kawan aku kat opis akan mengerjakan ibadah umrah bersama keluarganya..ermm bestnyerr kan, kalau la aku dapat pegi..insyaallah yer ade rezeki nanti..

So, pagi tadi jam 11 pagi aku pegi hantar Kak Azah kat KLIA..mak & ayah dia gerak dari JB..so nanti diorang akan jumpa kat airport je..aku pegi ngan Kak Ana ngan Kak Mye je..semoga perjalanan ke tanah suci selamat pergi dan pulang..kami doakan Kak Azah & keluarga sihat sentiasa..aku kirim doa je ngan Kak Azah..

bergambar bersama Kak Azah sebelum dia masuk check-in...

best je Kak Ana bersandar kat bahu Kak Azah...

lebih pencahayaan nie...



Selipar Baru


Hahaha..dah tak de keje agaknye aku ni..pagi2 lagi nak cakap pasal selipar..kalau korang nak tau,selipar aka sandal aku memang banyak..ade sesetengah orang tunggu dah rosak @ koyak baru beli baru kan..kalau aku boleh kira la berapa kali selipar aku yang rosak then aku baru beli...pantang ada duit @ pantang nampak cantik (++ sedap dipakai) memang aku beli laa..itu la pompuan yang nafsunya sungguh banyak..hahahaha..jangan marah yerr...
So, minggu lepas opismate aku pakai selipar baru & aku try la..(penyakit pantang jugak nihh)..aku mula laa "ehh sedapnye pakai"..haisshhh..
Aku pun nak jugak selipar macam tu..pesan la suruh beli..kalau korang nak tau murah jerr..hanya RM10 ok..
Tapi sebab selesa dipakai ok la kan..alah membeli menang memakai kate orang..

Nie aku nak tunjuk selipar baru aku...jeng jeng jeng..

tengok jenama selipar nihh..v-star



Friday 1 June 2012

Kecoh Tiket Train


Hari ini aku dah gi keje lewat sikit..masuk opis 8.30 pagi..ok buka laptop macam biasa. First, pagi ini aku kena kuarkan report Kak Intan mintak petang semalam..so buat la aku..Kak Zu kecoh pasal nak booking tiket train ETS (yang laju tu) nak ke Lumut tempat husband dia la..so habis segala orang la kat opis dia libatkan...hahaha..
duk cakap-cakap nak booking tiket, sorang buka laman web ktm (online e-ticket)..sekarang kan dah zaman IT..semua di hujung jari..cewahhh
Kak Zu ajak aku teman dia gi beli tiket dia, sebab aku yang tahu jalan..(kata Kak Lia)..padahal aku dah ingat-ingat lupa la jalan nak gi ke stesen ktm tu..masuk ke dalam & susah jugak la nak cari..dulu aku pernah hantar adik aku sekali je naik ktm..time dia belajar kat kolej seremban...
Tiba-tiba turun hujan la pulak..macam ne nak gi kat kete Kak Zu..nak tak nak call nizam untuk hantar kitorang gi kat kete Kak Zu..aduii kete pulak dah kena block..nizam adjust pun tak boleh..dah suntuk sangat ngan kete sebelah..dalam hujan lebat tu kecoh la sebabak..ke depan ke belakang..lastly Nizam kuar dari kete..mengalah..
Orang yang block kete pun datang la lenggang lenggok nak alih kete dia..tq kak..kitorang pegi la menuju ke Kajang..(merujuk perbualan Kak Zu, seat ade lagi 42 je lagi..Kak Zu takut habis tiket)..hahaha..sampai kajang sesat pulak nak cari stesen ktm..signboard dah nampak tapi sampai sudah tak jumpa..pusing balik tinjau-tinjau keadaan sekeliling..(dalam hati aku kalau tak jumpa, memang fail laa)
Tapi akhirnya jumpa jugak setelah kitorang pusing & main ikut sedap hati je atas jalan tu..dengan keadaan hujan lebat yang amat sangat..agak sukar jugak la nak ingat balik jalan yang pernah dilalui dulu...alasan la tu kan..hehehe 

A.K.H.I.R.N.Y.A...Kak Zu dapat tiket pegi Lumut..suka sangat la tu kan...

on the way ke kajang beli tiket kak zu...hujan lebat nyerrr

 berposing bagai saat menunggu kak zu membeli tiketnye..poyoss je kan