Header NuffNang

Friday 22 June 2012

Kategori PERFUME


Aku nak share something about perfume ni...Ada enam kategori wangian yang boleh menggambarkan personaliti si pemakai..jom baca kat bawah....

BUNGA-BUNGAAN :- Dengan aroma wangian bunga-bungaan yang akan memperlihatkan diri kamu lebih feminin dan romantik. Yer kerrrr??

BUAH-BUAHAN :- Bauan segar dari aroma buah-buahan memperlihatkan diri lebih segar dan bersemangat.

OCEANIC :- Wangian moden yang menggunakan elemen sintetik yang melahirkan bauan yang menjurus kepada lautan dan individu yang menggemari bau-bauan ni tergolong antara individu yang cintakan persekitaran.

HIJAUAN SEMULAJADI :- Memberikan kesegaran dan tenaga, justeru wangian ini melambangkan kamu adalah individu yang gemarkan aktiviti luar!

ORIENTAL :- seksi, eksotik, dan gigih mungkin itulah definasi yang mampu menggambarkan individu yang gemarkan bauan sebegini, bau-bauan seperti musk, vanilla dan bau bunga-bungaan yang keras tergolong dalam kategori ini.

KAYU-KAYAN :- wangian yang mempunyai unsur bauan saperti kulit kayu, lumut atau benda-benda lain yang kamu boleh jumpai didalam hutan adalah tergolong dalam kategori ini. Ternyata individu yang gemarkan bau-bauan sebegini, mereka gemarkan kebebasan dan mungkin mereka juga terdiri dari individu yang agak lasak. 

Kalau aku lebih prefer bau bunga-bungaan...antara yang aku paling suka Tresor In Love by Lancome, Paris Hilton..tapi aku kecewa ngan satu perfume yang aku ade...GUESS Seductive, bau dia agak kureng sikit...wat koleksi je laa...boleh?? aduh jah..habis duit aku..kuang3x

Tresor by Lancome aku yang dah habis...

 Wild summer by Guess

No comments:

Post a Comment