Header NuffNang

Thursday 18 October 2012

Tom Yam Kung Fu


Dah banyak pulak entry pasal makan2 ni kan...sekarang selera makin menjadi2 la....hati manyakk senang maa...hehehe...harini disebabkan kawan aku dari kelantan datang sini, so kitorang plan nak jumpa dengan aku nyer pupu-pupu...lokasi makan tengahari ni adalah di restoren Tom Yam Kung Fu...haa..kat mana???
Kedai ni kat presint diplomatik, Presint 15 selajur ngan bank muamalat...makanan boleh tahan la sodapnyerr. So far aku suka la tom yam kat sini...cukup rasa..telor dadar pun sedap, rangup..menu baru yang aku baru cuba ialah ayam gajus ngan sotong celup tepung...bertuah jugak makan tengahari ni sebab pupu-pupu aku yang belanja...tq CM...klu keluar memang dia yang selalu belanja..aku bagi duit tak laku nyer...well tq, semoga murah rezeki...

tom yam

telor dadar yang rangup

sotong celup tepung

yang ini pulak ayam gajus...rasa dia manis2

selamat sudah semuanyer....alhamdulillah kenyang...


Tuesday 16 October 2012

Nasi Minyak House


Jom jalan2 cari makan di Nasi Minyak House...tengahari ni aku ngan opismate lunch di kedai nasi minyak...aku pun tak pernah tau lokasi ni, pernah la lalu kat situ tapi sunyi jer kedai nyer. Minggu lepas masuk dalam program JJCM @ tv3...macam biasa la asal masuk tv jer ramai la yang serbu...sampai tak cukup meja..kedai berhawa dingin, okla dengan cuaca yang panas sekarang ni memang selesa la kan...nasi minyak tu biasa2 aje (komen kawan2), sebab aku makan lambchop with blackpaper sauce...yummy, western cukup rasa, sedap...layan..zaazzz


senarai menu...kat sini bukan nasi minyak je ade..western n ala carte pun ade..

macam2 ade...ayam merah, ayam berempah, daging masak hitam...

ni aku punyer...lambchop ngan tea o ais limau

western food



Antara Angan-Angan & Kenyataan


Ni al-kisahnya meminjam baju konvo makcik aku yang selamat menamatkan pengajian di peringkat master (UPM)...so hari tu beramai-ramai la pakat nak jadi mahasiswa n mahasiswi termasuklah aku kan...hahahaha. Ambik laa, buat kenangan...nak pakai yang sendiri tak tau bila...nak belajar lagi rasa macam arghhhh azabnya...

yeayy...walaupun bukan sijil aku :-(

ambik feel dulu...

Thursday 11 October 2012

Teringin 'SPAGETTI"


Tengahari ni aku duk berkira2 nak gi lunch kat mana...tiba2 kak ina sebut spagetti...memang nak makan spagetti la lunch ni..haa sape suruh sebut kan...so bila waktu lunch tiba, aku kuar la menuju ke Alamanda jer, mana lagi Pizza Hut...let's go!!! dah lama tak pegi pizza hut, bulan bape ntah last aku makan pizza...tup tup dah ada pizza baru pulak...more cheezz..nyum nyum..tapi tak order pun...hahaha, next time laa yer..




Wednesday 10 October 2012

Kotornya Air Kita!!!


Lihatlah!!! Betapa kotornya air yang keluar dari pre-filter (ini bukan buat2 cerita, tapi hakikatnya)

Apa anda fikir kalau air yang dari rumah kita macam ni? Eee! Kotornya begitulah hakikatnya jika anda tidak menggunakan penapis di rumah anda. Sanggupkah anda meminumnya? Ini baru di Pre-Filter sahaja. Menurut kajian kebanyakan penapis biasa adalah melebihi dari 0.5 mikron sedangkan logam-logam berat adalah lebih halus daripadanya termasuklah virus yang boleh menjangkau kehalusan sehingga 0.001mikron.

Ramai orang memilih penapis berdasarkan berapa banyaknya penapis. Tahukah anda bahawa cara ini sebenar salah! Sepatutnya kita perlu mengetahui kehalusan penapis. Seperti kita 'mengayak' tepung gandum, untuk membuat kueh kita perlu menapisnya lebih halus bukan? Jika kita memilih penapis berdasarkan bilangan, pernahkah anda melihat orang menapis melapis-lapiskan pengayak tadi? Tidakkan? Tetapi sebaliknya mereka menggunakan penapis yang lebih halus. Begitulah juga dengan air.

Ramai orang berkata jikalau kita meminum air yang tiada mineral kita akan reput tulang. Benarkah kenyataan ini. Sebenarnya tidak, tahukah anda bahawa kerajaan Singapura menggunakan 'New Water' yang tidak mengandungi mineral dalam kandungannya? Pernahkah anda diberitahu oleh doktor "Anda kekurangan mineral, dan anda kena minum air dengan lebih banyak lagi" . Saya rasanya selalu doktor akan berkata begini "Kena banyak makan buah-buahan, sayur-sayuran dan saya akan memberi vitamin kepada anda?". Ya, sebenarnya mineral yang paling banyak boleh didapati daripada buah-buahan dan makanan yang kita ambil.

Tahukah anda bahawa anda perlu meminum berpuluh gelas air berbanding anda meminum hanya segelas susu segar untuk mendapatkan kalsium? Kalau saya lebih baik saya pilih susu daripada meminum bergelas-gelas air. Betultak? Jadi kenyataan yang mengatakan mineral banyak di dalam air adalah salah, sebenarnya kandungan air paip tersebut lebih banyak klorin dan karat (bahan oksida seperti asbestos/ logam pemateri paip).

Oleh itu, keputusan membuang semua mineral daripada air adalah tepat kerana bacaan TDS sepatutnya 0.00 sahaja, sedang WHO menetapkan bacaan minima 0.++ adalah sudah selamat untuk kita minum. Tahukah anda bahawa selamat tidak semesti sihat! Jadi, pilihlah penapis Biopure Ken yang semestinya selamat kerana belum ada mesin lagi di dunia ini yang boleh memilih mineral yang baik untuk badan kita.

 keadaan pre-filter setelah 3-4 bulan digunakan

perbezaan pre-filter yang sudah tercemar dengan yang baru, nanti lepas 3-4 bulan menggunakan, boleh tukar pre-filter ni, harga RM10 jer untuk 1 pre-filter


Malahan, telah terbukti juga masalah pencemaran air ni boleh menyebabkan kegagalan buah pinggang untuk berfungsi dengan baik...tengok artikel kat bawah :



Jadi, beralihlah kepada satu sistem penulenan air yang telah diiktiraf oleh Pakar Air Dunia dan disahkan oleh WQA, mendapat banyak anugerah oleh badan bertauliah...iaitu Bio Ken Series, satu2 nye jenama dipercayai..melaburlah untuk anda dan seisi keluarga kerana ianya adalah satu keperluan yang mesti...


Eternal Beauty by ELKEN


Menyepadukan Sains dan Alam Semula Jadi


Dengan 4 teknologi dalam 1 peranti, Eternal Beauty ialah pengurut kecantikan dan kesihatan yang terulung dan memenangi anugerah di Asia Tenggara yang mengharmonikan alam semula jadi dengan sains, dengan menggunakan material bio kemunculan-semula jadi. 4 teknologi unggul ini boleh digunakan untuk meningkatkan kesan produk penjagaan kulit yang baik, mengangkat payudara, menguraikan selulit, meningkatkan peredaran darah dan melegakan kesakitan otot serta tekanan. Dengan Eternal Beauty, anda boleh menghilangkan masalah anda dalam 10 minit sahaja dalam sehari menggunakan teknologi ini:
Sinar Inframerah Jauh (FIR) – Gelombang elektromagnetik yang menembus ke dalam tisu di bawah kulit untuk meningkatkan keanjalan kulit, meringankan kesakitan, menggalakkan generasi semula sel dan membantu mengawal pembentukan akne.
Anion – Juga dikenali sebagai vitamin udara, anion meneutralkan antioksidan terlepas untuk membantut tanda penuaan, menghidratkan kulit, mencerahkan wajah pudar dan tanda pigmentasi.
Germanium – Mudah menembus ke dalam sel kulit untuk meneutralkan ketidakseimbangan ion pada kulit untuk mencegah penuaan pra-matang di samping memberikan tenaga kepada kulit
Ultrabunyi/Getaran Sonik – Membekalkan getaran dan membentuk aksi untuk membersih secara mendalam dan mengelupas, mengurangkan kedutan dan kekenduran, menguraikan selulit dan memeperbaiki tona otot.

 selepas menggunakan eternal beauty selama 10 minit

Saturday 6 October 2012

Amani Khairina


Sweet, comel, cute, aku memang tak boleh tengok baby...geram jer, terus ambik duduk di ribaan..Comel kan, kan?? baby mana yang tak comel..and aku suke bau baby...cium2 jer, mau jer kalau takder orang aku peluk erat2, cubit2 pipi yang gebu itu..over tak??
Baby ni namanyer Amani Khairina, actually ni anak kawan aku kat usrah, Aishah..lahir pada 24 Sept secara pembedahan, anak sulung. Ni aku pegi melawat kat umah parent Aishah kat Presint 15..sebelah tu Kak Juma, n ade sorang lagi Ila, yang ambik gambar...tak lama lagi turn Ila la pulak...aku?? Ermm entah laaa...

best jer amani tidur atas riba aku..macam tilam vono kot...hahaha :-)

Thursday 4 October 2012

ZiangJiaJie...My Dream


Wow...so amazing!!! Merupakan hutan simpan yang mempunyai bentuk muka bumi ekstrem dan ada tiang2 batu yang tinggi. Berkeluasan 4810 hektar dan menariknya terdapat 1 tiang batu berketinggian 3544 kaki yang diberi nama 'Avatar Hallelujah Mountain' sempena gunung2 terapung yang terdapat seperti dalam filem Avatar'...aku nak pegi tempat ni, gilerr best kan..ekstrem habis

ZiangJiaJie wait 4 me yeaa!!!!!

nice place...


gayat kot kalau jalan kat sini kan...besttt

fuyoo...gerun jugak..tapi kalau pegi tak naik rugi la...



VENUS..Bahagia Kehidupan Sepanjang Hayat


Hollaaa...entry kali nih kite review pasal kesihatan dan jugak kecantikan dalaman. Ramai orang mengambil ringan akan perkara ni kan...tapi ingat jangan pulak kita tidak mengendahkannya...kerana kecantikan dan kesihatan adalah hak milik setiap insan...wallawehh, ni sebab aku dah memiliki satu set LD Venus Gold yang marvellous...


LD Venus Gold ialah tonik herba semulajadi untuk wanita yang dirumus khas bagi menyokong kesihatan dan kesejahteraan wanita. Ia menggalakkan peredaran darah iaitu sumber nutrien harian untuk meningkatkan paras tenaga.
Mengandungi herba cina -dang gui, dang shen, bai jiang cao, yi mu cao dan huang qi yang dikenalpasti berkesan dalam mengembalikan kesejahteraan wanita..kesejahteran wanita juga merangkumi aspek fisiologi yer kawan2...iaitu bentuk tubuh wanita.

Keunikan LD Venus Gold :-
  • Mengurangkan komplikasi postpartum
  • Melegakan sakit haid
  • Pemulihan sistem badan untuk wanita lepas bersalin (untuk belum berkahwin pun boleh)
  • Mengurangkan simptom menopaus
Kira2 75% daripada wanita sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup mereka pernah mengalami jangkitan vagina (sumber :Seattle Biomedical Research Institute)

Akibat sistem pembiakan yang lemah :-
  • Kemandulan 
  • Sindrom Prahaid (PMS)
  • Masalah berkaitan dengan kehamilan
  • Kandidiasis (lelehan vagina)
  • Kitaran haid tidak teratur
  • Tekanan dan sakit pada pelvis
  • Darah haid terlalu banyak (pun yer jugakk)
  • Jeragat
  • Libido rendah
  • Berat badan bertambah tanpa sebab 
Pengambilan :- Dewasa (untuk wanita sahaja) 1 botol /hari -sebelum lunch
Untuk kesan yang efektif, cadangan pengambilan bersama LD Esteem
Tidak sesuai untuk wanita yang sedang mengandung

Wednesday 3 October 2012

Family Day BPM 2012



Minggu lepas, 29 Sept 2012 aku berhari keluarga di  Desa Water Park, Sg Besi bersama2 dengan staff bahagian IT...meriah sungguh, ramai anak2 staff, dapatla kenal pasangan masing2, anak2 diorang..cam muka jer laa..takder laa nak berkenalan bagai kan..maklumlaa tak bersosial...hahahaaa
Acara bermula dengan pendaftaran, sarapan pagi then game untuk kanak2...excited kanak2 main game sume...lucu n kelakar betul...masa orang DWP tu guide cara2 permainan...bagi perhatian sume..ade yang paham ada yang muka rilexx jer..layan gambar kat bawah...zazzz

ruang pendaftaran...masa ni aku tak sampai lagi..so muka aku takder yer..

makan pagi dulu sebelum main air

bermula dengan acara bagi kanak2...

comel2...

ni pulak acara bagi orang tua...hehehe

sempat lagi ko..

acara dalam air...waiter race..sume kena jadi waiter dalam air..kalau jatuh, kena isi balik air dalam gelas n botol tu sampai penuh..

ni pulak acara bagi orang laki jer...tarzan town ke ape namanyer...