Header NuffNang

Friday 6 January 2012

Tahun Baru 2012

2012 sudah kembali....
2011 telah dilewati dengan pelbagai ceritera. Tidak kira suka duka, pahit manis, penuh memori setiap hari ku lalui...apa yang terjadi pada tahun 2011 kena la tinggalkan dan teruskan dengan kehidupan di tahun baru ni.
2012??? Apa ada dengan 2012???
Adakah indah seperti yang aku impikan atau sekadar impian semata-mata...namun kita kena set minda supaya sentiasa positif. Tetapi hati..mampukah ia diserap dengan nilai-nilai positif..sebagai manusia biasa, mana mungkin aku dapat menjaga hati sebaik itu..tapi jangan kata tak boleh, aku kena cuba..u have to try to be positive!!!
2011 berlalu dengan pantas sekali sehingga aku tak sedar nak masuk ke fasa baru, umur semakin meningkat dah..kebiasaannya nak masuk tahun baru mesti nak tanamkan azam baru yang tinggi melangit..letak target macam-macam. 1st Jan, aku tak perasan rupanya..macam mane boleh jadi ni..aku tak buat azam lagi tahun ni..tapi takpelah, akan ku susuri hari-hari mendatang dengan penuh bahagia.
2011 banyak perkara manis yang berlaku dalam hidup aku..akan kuingat dan simpan ia sebagai satu memori indah..namun di penghujung tahun tidak kurang dugaan yang melanda diri ni..bak kata pepatah melayu..hidup ini umpama roda..kadang kita berada di atas dan kadang kita berada di bawah..ala macam roda..terus berpusing.
Okeh..now balik pada 2012..antara azam aku ialah nak masuk keje awal..WP1 ..u all tau sebelum ni aku masuk WP2, itu pun sampai opis semput2 seh..tapi nak buat perubahan sikit tahun ni..nak berubah ni tak banyak pun sikit pun kira okla..sikit2 lama2 jadi bukit kan..opismate semua tak percaya aku nk masuk WP1 masa isi borang..siap perli2 aku lagi boleh ke datang awal ni..macam2 la diorang..tapi aku tetapkan hati ni..eleh cewahhh. so sehingga hari ni aku masih mampu bangun awal...hehehehe..azam aku yang lain yang aku nak buat ialah solat dhuha..amalkan untuk murahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan..Insyaallah

No comments:

Post a Comment