Header NuffNang

Monday 9 July 2012

Lunch @ Wong Solo Ayam Penyet


Takder motif lain nak tunjuk yang aku ni lunch tadi makan ayam penyet..kat mana lagi?? kedai yang tak asing lagi bagi aku Restoran Ayam Penyet Wong Solo, Bangi...layan jer la erkkk...ada pulak sorang lagi opismate aku yang tak pernah merasa ayam penyet kat sini, cuma kedengaran sahaja mengatakan aku suka makan kat kedai ni...wahhhh, jom kita terjah...

Restoran ni Jalan2 Cari Makan (JJCM) pun penah mai buat liputan...kalau korang nak makan secara bersila pun boleh..nak makan secara meniarap je tak boleh..kang menyirap marah pelayan kat situ..hehe, servis cepat, insyaallah....

kat kedai ni menu seperti kebiasaan aku - Set Ayam Penyet, harga 1 set RM10.90

ermmm sedap tak kak intan??? sedap la tuh..so far, ramai yang aku rekemen memang cakap makan kat sini sedap bangat..percayalah jangan tak percaya yuolls...kat bandung pun belum tentu sedap macam kat sini..

nyumy nyumy...my peberet ayam penyet

 ni tempat boleh makan bersila....

P.S / ~ Bagi yang tak makan pedas atau yang tak tahan pedas rasanya wong solo bangi ni bukan tempat yang sesuai kot...bagi yang nak gi makan kat sini boleh google je..insyallah kalau takde aral melintang jumpe, hehehe...

No comments:

Post a Comment