Header NuffNang

Sunday 8 July 2012

Weekend @ Masjid Putra


Harini dari jam 9 pagi hingga 4.15 petang aku mengisi hari weekend aku dengan menghadiri Kursus Penghayatan Ramadhan di Masjid Putra, Putrajaya. Kat masjid ni yang seronoknyer setiap minggu pada hari Ahad ade kuliah yang disampaikan penceramah2 yang sangat hebat...Masjid Putra banyak programnyer, kalau yuolls nak mengikuti program2 macam ni amatlah dialu-alukan...

Kita mestilah bersyukur dilahirkan sebagai Islam, tapi tak semua yang menikmati nikmat Islam yang sebenarnya...di dunia nih kita mesti mencari taman2 syurga Allah untuk kita tanam di dalam hati kita untuk kita tuai di akhir nanti...itulah pelaburan yang sebenarnya...aku ada mengikuti kelas2 agama, kuliah dan program2 yang diadakan di masjid, program halaqah jugak setiap rabu malam 9-11 malam...itulah pengisian waktu aku...kalau takder aktiviti sebegini aku tak buat aper jugak kan...so baik aku join..dapat jugak banyak faedah..tak rugi pun, kalau program kat Masjid Putra tu lagi laa..makanan disediakan lagi, sodap2 pulak tuh yuolls...aku ucapkan terima kasih jugak pada kawan2 yang membimbing dan mengajak aku ke program seperti ini...banyak pahala diorang nanti tuh, amin..

suasana dalam Auditorium Masjid Putra, ramai muslimat yang hadir

Dan pada hari nih aku telah mendapat banyak info berguna untuk aku aplikasikan dalam kehidupan seharian...antara topik yang dibincangkan ialah Ramadhan Menjana Insan Bertaqwa, Isu & Fatwa Berkaitan Puasa & yang paling menarik topik Amalan Positif Kepada Jiwa Untuk Taqarrub Kepada Allah S.W.T....subhanallah sungguh cantik Islam ni kan..Sebelum menjalani Ramadhan, kita melalui bulan Rejab dan Syaaban di mana bulan2 ni kita sepatutnya melatih diri untuk menahan diri dan menjadikan diri kita lebih bersabar, menjalani ibadah2 dengan khusyuk barulah Ramadhan itu melonjak perasaan kita untuk lebih beribadah kepada Allah s.w.t....aku nak share sikit dengan yuolls.

Program mengingati Allah setiap SAAT?       
= Zikrullah, dengan berzikir kita mendapat ketenangan

Program mengingati Allah setiap HARI?        
= Solat, orang yang jaga solat malu melakukan dosa

Program mengingati Allah setiap MINGGU?
= Solat Jumaat & Sunnah Bacaan Surah Al-Khafi. Surah Al-Khafi adalah untuk menjauhi dajjal. (hafal 10 ayat Surah Al-Khafi -terpelihara dr fitnah dajjal)

Program mengingati Allah setiap TAHUN?    
= Puasa & Zakat, untuk jadi orang bertaqwa

So, itu jer la kot yang aku share sikit sebab aku ni bukanlah para ilmuwan...sekadar berkongsi apa yang telah dipelajari...semoga kita sentiasa dalam redhaNya, insyaallah....

ni makan pagi jam 10.30 pagi, mewah sungguh makanan kat sini

ni pulak makan tengahari

No comments:

Post a Comment